Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes kluster kenduri, sidang gereja bertambah

SHAH ALAM, 9 APRIL: Terdapat dua pertambahan kes bagi kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 94, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 15 kes dibenarkan pulang dan lima kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Sebanyak 74 kes lagi sedang di rawat di wad biasa,” katanya melalui Facebook yang turut memaklumkan kluster kenduri di Bandar Baru Bangi kini menjangkiti sehingga generasi kelima.

Sementara itu, bagi kluster persidangan di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam terdapat 24 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 112 kes.

“Daripada jumlah berkenaan, 11 kes sudah dibenarkan pulang, empat kes di ICU, 48 kes sedang dirawat di hospital, 47 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan dua kes kematian dicatatkan,” katanya.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 4,119 kes yang positif Covid-19, dengan 1,487 kes pulih sepenuhnya, manakala 65 orang meninggal dunia.


Pengarang :