Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Covid-19: Rembau sub-kluster terbaru, 27 individu positif

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebuah pecahan kluster (sub-kluster) di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling apabila beberapa guru di sebuah sekolah disahkan positif Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, 27 individu dikenal pasti positif wabak termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan setakat ini terdapat tiga generasi jangkitan membabitkan keluarga serta penduduk kampung.

“Ini merupakan satu kluster melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata penularan ini dipercayai berpunca daripada mesyuarat di sekolah berkenaan yang dihadiri kes indeks (kes ke-448) merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling.

Katanya, siasatan mendapati terdapat kunjung-mengunjung ke rumah saudara melawat ahli keluarga tidak sihat walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarang :