DUN Kuala Kubu Bharu mulai agih kupon Jom Shopping Perayaan Aidilfitri kepada keluarga kurang berkemampuan mulai 30 April 2020. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNSELANGOR

DUN Kuala Kubu Bharu mula agih kupon beli-belah raya

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 550 keluarga miskin di Kuala Kubu Bharu akan menerima kupon beli-belah menerusi program Jom Shopping Perayaan Aidilfitri mulai hari ini, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu.

Lee Kee Hiong berkata penerima akan dipanggil secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Petugas pusat khidmat akan menyerahkan kupon shopping (beli-belah) bulan Ramadan kepada 550 keluarga miskin di DUN Kuala Kubu Bharu mulai hari ini.

“Kami akan memanggil penerima datang ke tempat yang ditetapkan pada waktu berlainan bagi mengelakkan kesesakan.

“Di tempat penyerahan pula penerima akan mengamalkan penjarakan sosial satu meter, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan sukatan suhu badan,” katanya di Facebook hari ini.

Kata beliau, selepas mendapat kupon, penerima boleh melakukan pembelian di Econsave Batang Kali bermula 1 Mei (esok) hingga 31 Mei mengikut kesesuaian masing-masing.


Pengarang :