Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 6 Mei 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Selangor batal bazar Ramadan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini susulan penularan wabak Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika kementerian (KKM) saran boleh buat, kita buat tetapi setakat ini ditangguhkan dahulu,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di sini, hari ini.

Amirudin berkata, perkara itu dibincangkan pagi tadi dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya percaya nanti, akan akan ada bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran dalam talian,” katanya.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan dan Terengganu turut membatalkan kegiatan tahunan itu susulan wabak virus berkenaan.


Pengarang :