Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan 80 kotak penutup mulut dan hidung serta 400 liter cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan di Hospital Shah Alam pada 20 April 2020. Foto ihsan MBSA
PBTSELANGOR

MBSA serah sumbangan kepada Hospital Shah Alam

SHAH ALAM, 21 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan 80 kotak penutup mulut dan hidung serta 400 liter cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan di Hospital Shah Alam semalam, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata sumbangan itu bagi menghargai kakitangan yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19.

“Jumlah keseluruhan sumbangan RM24,700 dan kami harap dapat meringankan beban mereka dan menaikkan semangat petugas barisan hadapan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBSA, Aziahtul Sakdiah Mustapa kepada Pegawai Perhubungan Awam Hospital Shah Alam, B Suganthe.

Dalam perkembangan lain, MBSA turut mengingatkan warga Shah Alam agar dapat mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan dan elak melakukan aktiviti di luar serta amalkan tahap kebersihan yang tinggi.


Pengarang :