Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan menyerahkan sumbangan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan. Foto ihsan MPSJ
PBTSELANGOR

MPSJ edar cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerahkan sumbangan cecair pembasmi kuman buat petugas barisan hadapan seperti polis, tentera dan kakitangan kesihatan.

Dalam kenyataannya, sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Dipertuanya, Noraini Roslan kepada penyelia atau ketua pasukan barisan hadapan.

“Antara yang menerima sumbangan ialah anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, IPD Serdang, petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong dan Klinik Kesihatan di Seri Kembangan.

“Sumbangan ini merupakan landasan bagi membantu dan memastikan petugas barisan hadapan sentiasa menjaga dan mengutamakan kebersihan diri dalam usaha mecegah penularan wabak Covid-19,” katanya.


Pengarang :