Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima 1,800 cermin mata keselamatan kitar semula disumbangkan anak syarikat Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada 17 April 2020. Foto Facebook Angkasa
AGENSISELANGOR

Petugas kesihatan Selangor terima 1,800 cermin mata keselamatan

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima 1,800 cermin mata keselamatan kitar semula sumbangan anak syarikat Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) .

JKNS menerusi Facebook memaklumkan sumbangan MyAngkasa Optikal Sdn Bhd akan diagihkan ke beberapa premis kesihatan di negeri ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Presiden Angkasa, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah JKNS Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman di Wisma Sunway di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Selangor, Prof Dr Mansor Ahmad dan Pengerusi Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad, Dato’ Dr Kannan.

Komitmen pasukan barisan hadapan yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 amat dihargai.


Pengarang :