Polis melakukan sekatan jalan raya di Kampung Sungai Lui, Batu 21 Hulu Langat pada 30 Mac 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan tersebut. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Separuh kes Covid-19 di Selangor berkaitan jemaah tabligh Seri Petaling

SHAH ALAM, 3 APRIL: Separuh daripada jumlah kes positif Covid-19 di Selangor adalah berkaitan dengan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah antara punca negeri ini mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia yang melebihi 600 kes.

“Perkampungan Hulu Langat jumlah positif ada 300 kes iaitu separuh daripada kes di Selangor manakala di Kampung Sungai Lui ada 90 kes di mana 25 berkaitan jemaah Seri Petaling dan 65 kontak rapat.

“Bukan Kampung Sungai Lui ada 210 kes dengan 25 daripadanya berkaitan jemaah Seri Petaling manakala 185 kontak rapat,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata statistik itu menunjukkan 50 peratus daripada kes positif Covid-19 di negeri ini adalah berkaitan jemaah tabligh di Seri Petaling yang kini menular ke madrasah-madrasah.

Sebanyak 41 kes daripada 217 kes positif Covid-19 baharu direkodkan hari ini membabitkan pelajar madrasah. Mereka kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.


Pengarang :