AGENDANASIONAL

Tiga berita palsu Covid-19 tular hari ini – KKMM

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) petang ini.

1. Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) menafikan pernah melantik individu untuk mengurus sumbangan bagi membantu lebih 150 orang ‘frontliners’ (petugas barisan hadapan) di hospital berkenaan.

2. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menafikan pernah melantik mana-mana pihak untuk memohon sumbangan melalui Kempen “Wakaf Bantal Leyna” bertujuan membeli bantal untuk diberikan kepada pesakit COVID-19 di Wad Isolasi, Hospital Besar Melaka.

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia menafikan pihaknya pernah menerbitkan sebarang video dan audio bertajuk “Pesanan Buat Pemohon Bantuan Prihatin Nasional”.

– BERNAMA


Pengarang :