Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM pada 29 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

78 pesakit baharu Covid-19, satu mati

SHAH ALAM, 22 MEI: Terdapat 78 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat 7,137 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,163, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 78 kes baharu, 25 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

“Daripada jumlah itu, 40 kes membabitkan bukan warganegara dan 25 daripadanya dikesan berlaku di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

“Sementara terdapat satu kematian sekali gus jumlah meningkat kepada 115,” katanya pada sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi manakala lima memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, seramai 63 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital sekali gus menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah 5,859 kes.


Pengarang :