AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Aplikasi SELangkah demi kesejahteraan rakyat Selangor

SHAH ALAM, 8 MEI: Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) membuktikan Kerajaan Negeri terus berusaha memastikan Covid-19 ditangani sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat, kata Setiausaha politik kepada Dato’ Menteri Besar.

Borhan Aman Shah berkata inisiatif tersebut juga secara tidak langsung membantu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menjejak jangkitan kepada individu.

“SELangkah atau Langkah Masuk Dengan Selamat juga maksudnya kita perlu sentiasa berjaga-jaga dalam semua aspek, anggap diri kita dalam keadaan bahaya dan pastikan apa yang dilakukan tidak memudaratkan orang lain.

“Walaupun, ada aplikasi ini masyarakat tetap perlu mengamalkan langkah keselamatan iaitu memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan tidak berkumpul di tempat yang sesak,” kata beliau ketika wawancara Cencol Pak Ya yang disiar secara langsung di Facebook Institut Darul Ehsan hari ini.

Kerajaan Negeri memperkenalkan SELangkah iaitu sistem pendaftaran keluar masuk individu ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan bagi menjejak jangkitan virus Covid-19.

Konsep SELangkah bertujuan melindungi premis perniagaan, pelanggan dan pasukan barisan hadapan dengan mudah dan pantas.

Pemilik premis diminta mencetak dan mempamer kod QR di tempat perniagaan masing-masing melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my manakala pelanggan pula perlu mengimbas kod QR tersebut.


Pengarang :