Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM pada 29 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 30 kes baharu, terendah sejak PKP, 83 pesakit pulih

SHAH ALAM, 5 MEI: Sebanyak 30 kes baharu Covid-19 hari ini iaitu terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,383 kes.

Beliau berkata sebanyak 83 kes pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 4,567 atau 71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,710 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan.

“Satu kematian dilaporkan hari ini, jumlah kumulatif kes maut 106 kes,” katanya di Putrajaya.

Beliau berkata seramai 24 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini turun semula kepada dua digit iaitu 55 kes, selepas dua hari berturut-turut mencatatkan tiga digit.

Kelmarin Malaysia mencatatkan 122 kes Covid-19.

 


Pengarang :