Petugas KKM memasuki kawasan sekitar perkampungan di Chow Kit untuk memanggil penduduk melakukan saringan Covid -19 bagi membendung wabak tersebut ketika tinjauan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 di Gombak terus turun, Kuala Langat kekal zon hijau

SHAH ALAM, 14 MEI: Kes aktif Covid-19 mukim Gombak terus turun kepada 28 manakala Kuala Langat kekal status zon hijau tiga hari berturut-turut  setakat  jam 12 tengah hari semalam.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di Twitter hari ini menunjukkan, pada 11 Mei lalu, kes aktif Covid-19 di Gombak sebanyak 55 kes namun kemudian turun kepada 35 kes pada 12 Mei.

Sementara itu, Kuala Langat masih mengekalkan rekod zon hijau dengan kosong kes aktif sejak 11 Mei.

KKM menerusi Twitter berkata, di Selangor hanya Petaling yang mencatatkan zon merah iaitu dengan 61 kes aktif setakat semalam.

Ia disusuli Rembau dengan 151 kes aktif, Seremban (41), Batu (104), Ibu Kota (155), Kampung Bharu (97), Sri Petaling (45) dan Kuching (68).

“Hanya Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Labuan dan Kelantan yang bebas daripada kes aktif,” kata KKM.

Semalam KKM memaklumkan terdapat pertambahan 37 kes baharu positif Covid-19 di negara ini dengan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 6,779.


Pengarang :