BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

1,000 peniaga terima manfaat kursus percuma Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 1,000 peniaga telah menerima manfaat kursus perniagaan dalam talian secara percuma anjuran Kerajaan Negeri, kata EXCO pembangunan luar bandar.

Rodziah Ismail berkata kursus tersebut melatih peniaga menyesuaikan dengan kebiasaan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus membantu mereka meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Rata-rata peniaga tidak lagi buntu dalam berdepan situasi PKP dan berdasarkan maklum balas diterima ramai peniaga makanan boleh meraih pendapatan mencecah RM3,000 sebulan.

“Ini membuktikan perniagaan dalam talian mampu menjana pendapatan, cuma mungkin sebelum ini kita tidak biasa dengan kebiasaan baharu,” katanya ditemu bual Media Selangor.

Rodziah berkata Kerajaan Negeri komited mewujudkan pelbagai program dalam bidang keusahawanan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai peniaga atau usahawa yang berdaya saing di Selangor,” katanya.


Pengarang :