Sebahagian warga asing duduk dalam keadaan beratur ketika hadir untuk membuat saringan Covid-19 di Pangsapuri Langat Utama pada 1 JUN 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 11 kes baharu di Selangor, turun banding semalam

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 11 jangkitan berbanding 31 yang dicatatkan semalam.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah kes kumulatif di negeri ini adalah 1,920 dengan 261 aktif.

“Tujuh kes yang dilaporkan adalah jangkitan import melibatkan empat dari Indonesia dan tiga dari Mesir.

“Terdapat tiga kes di Hulu Langat masing-masing satu kes saringan di pusat tahfiz, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kes kontak manakala satu kes kontak di Klang,” menurut BGNS.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 1,552 dan angka korban akibat pandemik itu kekal 22.

Hari ini, Malaysia mencatatkan pertambahan 38 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 7,857 dengan 1,338 aktif. Daripada kes baharu itu, hanya enam kes membabitkan rakyat tempatan dan selebihnya bukan warganegara.

Dalam tempoh 10 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu, tiada kes kematian disebabkan Covid-19 direkodkan di negara ini dengan kes maut wabak itu kekal 115 atau 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Pengarang :