Selangorkini
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 257 kes baharu di Singapura, keseluruhan 41,473 kes

SINGAPURA, 18 JUN: Singapura hari ini mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya empat kes dalam komuniti.

Dengan angka terbaharu itu, menjadikan keseluruhan kes Covid-19 kini ialah 41,473 kes.

Secara ringkas data 12 tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan antara kes komuniti itu, seorang melibatkan penduduk tetap Singapura dan tiga lagi ialah pemegang pas pekerja.

Sementara itu, majoriti besar jangkitan masih melibatkan pekerja yang ditempatkan di asrama.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,806 kes melibatkam komuniti, 581 kes import dan 38,829 pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Setakad tengah hari Rabu, 31,938 atau kira-kira 78 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 257 kes disahkan masih berada di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit penjagaan rapi, menurut kementerian itu.

Ia menjelaskan bahawa 8,995 yang mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi ujian menunjukkan masih positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat difasiliti komuniti.

Setakad ini, 26 kematian dicatatkan akibat komplikasi jangkitan Covid-19. Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-BERNAMA


Pengarang :