Gempa bumi lemah berlaku di Kudat, Sabah pada 9:58 pagi, 30 Jun 2020. Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDAALAM SEKITAR & CUACANASIONAL

Gempa bumi sederhana 4.7 skala Richter landa Kudat, Sabah

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Kudat, Sabah, pada 9.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA


Pengarang :