Keluarga menghadiri pengebumian salah seorang pesakit yang maut akibat wabak Covid-19 di Seriate, Itali pada 28 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Korban Covid-19 seluruh dunia melepasi 400,000 – WHO

MOSCOW, 9 JUN: Jumlah kematian Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 400,000 dan jumlah kes disahkan mencecah 6.9 juta, lapor agensi berita Sputnik memetik data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Korban di seluruh dunia meningkat sebanyak 3,469 menjadi 400,857 dalam tempoh 24 jam lalu, kata WHO.

Sementara jumlah kes pula meningkat sebanyak 131,296 kepada 6,931,000.

Sebilangan besar kes jangkitan dilaporkan di Amerika – 3,311,387, dengan 181,804 kematian.

WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pada 11 Mac.

Mengikut data Johns Hopkins University, jumlah kes seluruh dunia melebihi tujuh juta, dengan lebih 405,000 kematian manakala lebih 3.1 juta pesakit pulih.

-BERNAMA


Pengarang :