Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra pada 3 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kru produksi, pelakon tidak wajib jalani saringan Covid-19

SHAH ALAM, 3 JUN: Kru produksi dan pelakon tidak wajib menjalani saringan Covid-19, namun boleh berbuat demikian secara sukarela sebelum memulakan penggambaran.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata keutamaan kini adalah melantik penyelia keselamatan bagi memastikan semua tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi sepanjang sesi penggambaran.

“Kita hanya melakukan ujian calitan apabila timbul isu berkaitan positif Covid-19 di kawasan tersebut,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau bekata pendandan rambut dan jurusolek wajib memakai pelindung muka ketika menyiapkan artis dan alatan digunakan tidak boleh bercampur bagi mengelakkan penularan wabak.

Penggambaran filem, drama dan iklan dibenarkan semula mulai 10 Jun selepas mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :