Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melawat kilang Assembly Services Sdn Bhd bagi meninjau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di Bukit Raja, Klang pada 18 Jun 2020. NADZIR KHAIRI /PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Patuh SOP bukti pemain industri peka ancaman Covid-19

KLANG, 18 JUN: Kemampuan Assembly Services Sdn Bhd mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan melakukan penjarakan sosial ketika beroperasi membuktikan pemain industri peka terhadap ancaman Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau gembira melihat perkembangan itu sekali gus membuktikan kemampuan tenaga kerja menyesuaikan diri dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerima simbolik sumbangan pakaian perlindungan diri (PPE) selepas melawat kilang Assembly Services Sdn Bhd bagi meninjau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di Bukit Raja, Klang pada 18 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya gembira mereka berjaya menerapkan disiplin dan meneruskan kapasiti penuh (operasi) kerana saya dimaklumkan hampir 140 unit model kenderaan Vios dan Yaris disiapkan setiap  hari.

“Ini adalah sebahagian daripada pemulihan ekonomi dan kesan-kesan Covid-19,” kata Dato’ Menteri Besar selepas mengadakan lawatan di Plant 2, Bukit Raja.

Beliau berkata hasrat UMW Toyota untuk membina sebuah lagi kilang di lokasi sama yang dijangka siap tahun hadapan membuktikan kemampuan ekonomi di Selangor dalam memenuhi keperluan pasaran.

Dalam lawatan sama UMW Toyota turut menyumbangkan 100 unit pakaian perlindungan diri (PPE) bernilai RM4,500.

Sumbangan diserahkan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Malaysia Akio Takeyama dan Presiden Ravindran Kurusamy kepada Amirudin untuk kegunaan petugas barisan hadapan.


Pengarang :