Peniaga menyiapkan tempahan yang dibuat melalui PLATS dan Grab di e-dapur Bandar Utama, Damansara pada 4 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pakej Selangor Prihatin: 90 peratus peniaga nikmati insentif khas RM500

SHAH ALAM, 5 JUN: Kira-kira 90 peratus peniaga dan penjaja berlesen di negeri ini sudah menerima insentif khas RM500 yang diperuntukkan menerusi Pakej Selangor Prihatin.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata bayaran disalurkan terus ke akaun bank penerima yang layak selepas 14 hari permohonan dibuat.

Rodziah Ismail diwawancara pada Majlis Anugerah Kampungku Raya yang disiarkan secara langsung di Facebook Kitakan Sekampung pada 5 Jun 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Laporan sampai kepada saya setiap minggu dan kita dapati bantuan sudah sampai kepada penerima, kecuali permohonan tidak lengkap,” katanya selepas Majlis Anugerah Kampungku Raya di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan terdapat peniaga yang tidak memohon insentif berkenaan dan kajian akan dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Ia harus teliti sebaiknya mengapa mereka tidak memohon sedangkan Pihak Berkuasa Tempatan mempromosi (bantuan) supaya maklumat benar-benar sampai,” katanya lagi.

Permohonan insentif yang dibuka sejak 8 April lalu bakal memanfaatkan 80,000 peniaga dan penjaja berlesen yang terkesan susulan pandemik Covid-19 dengan peruntukan RM40 juta.

 


Pengarang :