Foto Facebook Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air 223 kawasan pulih, 67 dalam proses

SHAH ALAM, 16 JULAI: Bekalan air di 223 kawasan pulih sepenuhnya setakat 9 pagi tadi manakala 67 tempat dalam proses, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur pulih 100 peratus, Petaling (89 peratus) sementara Klang dan Shah Alam masing-masing 62 peratus.

“Secara keseluruhan, sebanyak 77 peratus daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya.

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan ke kawasan yang masih terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Elina berkata lori tangki air digerakkan ke kawasan yang masih terjejas mulai hari ini selain menyediakan lapan pusat khidmat setempat dan enam pili air awam sehingga esok.

Pengguna disaran melayari pautan https://www.hentitugasssp3.airselangor.com bagi mengetahui jangkaan waktu pemulihan kawasan terlibat.

Kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 siap sepenuhnya mengikut jadual jam 11 malam kelmarin.


Pengarang :