Dato’ Seri Amirudin Shari mengetuai laungan reformasi ketika pelancaran jentera pilihan raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 25 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KEADILAN nekad rampas Gombak, Ampang pada PRU15

KUALA LANGAT, 25 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) nekad merampas semula kerusi Parlimen Gombak dan Ampang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata parti juga mahu menakluk kubu kuat Barisan Nasional di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

“Kita kekalkan Selangor jadi benteng KEADILAN dan Pakatan Harapan. Semangat atau prinsip sahaja tidak cukup tetapi kita kena susun (strategi).

“Kumpul kekuatan, lupakan sengketa. Inilah masa KEADILAN Selangor jadi pasukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor hari ini.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata Selangor kekal teguh meskipun watak ‘Langkah Sheraton’ serta pengkhianat parti dalam kalangan pemimpin negeri.

“Gombak, Ampang, Kapar serta beberapa lagi sekarang menggila ke setiap kawasan untuk bertanding tetapi tidak ada. Macam pelarian. Jadikan ini pengajaran,” katanya dipercayai merujuk Datuk Seri Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Dr Daroyah Alwi.

Azmin dan Zuraida dipecat pada 24 Februari lalu manakala Daroyah keluar parti pada 13 Jun lalu.

Sementara itu, Amirudin berkata Selangor sudah mengarahkan semua organisasi dibentuk di parlimen selain mengaktifkan jentera sekiranya PRU berlangsung dalam masa terdekat.


Pengarang :