SELANGOR

Lima kawasan di Selangor dijangka hujan, ribut petir

SHAH ALAM, 24 JULAI: Lima kawasan di Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir sehingga jam 10 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Kawasan tersebut di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran itu dikeluarkan pada jam 7.40 malam tadi menerusi Facebook rasmi METMalaysia.

Pada 20 Julai lalu, agensi itu melaporkan negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad (26 Julai).

Turut dijangkakan mengalami cuaca sama ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my


Pengarang :