Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (kanan) melupuskan barang rampasan di Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK pada 29 Julai 2020. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPK lupus barang rampasan bernilai lebih RM11,000

KLANG, 29 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melupuskan 1,771 barang rampasan dianggar bernilai RM11,685 hari ini.

Yang Dipertuanya, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata barang sitaan itu hasil penguatkuasaan ke atas 15 premis perniagaan dari November 2019 sehingga Februari lalu.

“Sejumlah 531 botol arak dan 1,240 keping cakera padat digital (DVD) atau cakera padat (CD) dilupuskan ekoran pelanggaran undang-undang diguna pakai MPK,” katanya yang turut menyertai operasi Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK.

Beliau berkata operasi itu dijalankan mengikut kaedah pelupusan berdasarkan justifikasi dan klasifikasi barang sitaan mengikut prosedur ISO 9001:2015.

Jelasnya, sitaan arak tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana berniaga tanpa lesen, manakala sitaan DVD/VCD di bawah UUK 3 Penjaja (MPK) 2007 kerana menjaja tanpa lesen.


Pengarang :