MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENSISELANGOR

Selangor dijangka hujan, ribut petir hingga Ahad

SHAH ALAM, 20 JULAI: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Ia membabitkan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun bagi Petaling, hujan serta ribut petir berlaku sehingga Jumaat sahaja dan kemudiannya keadaan bertukar panas selama dua hari mulai esoknya.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my


Pengarang :