Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin bergambar bersama peserta program Jaringan Harapan Pusat Wanita Berdaya di Dewan Kampung Sungai Gulang-Gulang, 23 Ogos 2020. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin.
ADNSELANGOR

100 wanita sertai program Jaringan Harapan PWB

SHAH ALAM, 23 OGOS: Seramai 100 wanita kaum India dari Ladang Mary hingga Ladang Sungai Terap Kuala Selangor menyertai program Jaringan Harapan Pusat Wanita Berdaya di Dewan Kampung Sungai Gulang-Gulang hari ini.

Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin berkata program separuh hari itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan dalam rumah tangga termasuk perlindungan kanak-kanak.

“Terima kasih kepada Institut Wanita Berdaya kerana memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang untuk penganjuran program bermanfaat ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menerusi program itu, peserta didedahkan mengenai pengurusan kewangan, kesihatan dan hak reproduksi wanita, undang-undang gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan perlindungan kanak-kanak.

Turut hadir Pegawai Eksekutif Institut Wanita Berdaya, Siti Kamariah Ahmad Subki dan Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor, Norfaizah Ismail.


Pengarang :