Deretan kenderaan dilihat sesak menuju ke Kuala Lumpur selepas orang ramai yang pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha kembali ke ibu kota ketika tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Genting Sempah pada 2 Ogos 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan malam ini

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu kota didapati perlahan malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti sempena sambutan Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat jam 8.30 malam ini, trafik bergerak perlahan dari arah utara di Jelapang ke hentian sebelah Simpang Pulai, Gopeng ke Sungkai dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya ekoran pertambahan kenderaan.

“Trafik di selatan juga perlahan dari Yong Peng ke Kulai arah selatan dan Bukit Gambir menuju ke Seremban arah utara,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dari arah pantai timur sesak di Persimpangan Lanchang ke Karak, dan trafik perlahan dari Persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong serta sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah barat.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA


Pengarang :