Penguat kuasa menyita kerusi dan meja premis ketika operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan membanteras penjaja dan peniaga tanpa kebenaran di Seksyen U20, Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam pada 12 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPBTSELANGOR

MBSA prihatin nasib peniaga, kecuali bayaran fi lesen April dan Mei

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) prihatin dan memahami nasib peniaga yang rata-rata berdepan keadaan ekonomi tidak menentu susulan Covid-19.

Justeru, pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan fi lesen yang seharusnya dibayar pada April dan Mei lalu dikecualikan dengan implikasi kewangan lebih RM1.09 juta.

“Malah, Kerajaan Negeri menerusi peruntukan RM1.5 juta menghulurkan bantuan segera RM500 kepada setiap peniaga untuk membantu kelangsungan hidup mereka,” kata dalam sesi soal jawab bersama MBSA.

MBSA menjelaskan gerai yang terlibat dalam operasi penyusunan semula turut diberi pelepasan fi kompaun sehingga tahun depan demi membantu peniaga yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Berhubung dakwaan MBSA hanya melakukan tindakan di Bandar Baru Sungai Buloh kerana terdapat 44 premis perniagaan tanpa lesen di situ, PBT itu memaklumkan telah menjalankan operasi penyusunan semula di kawasan berikut:
i) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 Shah Alam – 9 Mei 2020
ii) Seksyen U4, Kampung Baru Sungai Buloh – 3 Jun 2020
iii) Seksyen 7, Shah Alam – 8 Julai 2020
iv) Paya Jaras Hilir – 20 Julai 2020
v) Paya Jaras – 29 Julai 2020


Pengarang :