Anggota penguat kuasa dan keselamatan MPS merampas botol arak dari premis menjual minuman keras tanpa lesen ketika serbuan di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 17 Ogos 2020. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS rampas lebih 1,000 botol arak tanpa lesen

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merampas dan menyita lebih 1,000 botol arak bernilai tinggi dari dua premis menjual minuman keras di Taman Seri Gombak malam tadi.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata dalam serbuan jam 8 malam itu, pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan terkini.

“Sebahagian botol arak dirampas juga tidak mempunyai kebenaran import daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia selain dokumen kelulusan dari pihak polis dan agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan sitaan dibuat mengikut Undang Undang Kecil 3(1) Perlesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007.

“MPS memberi amaran kepada semua supaya memastikan sebarang perniagaan yang hendak dijalankan mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk mengelakkan tindakan dikenakan,” katanya.


Pengarang :