(Gambar hiasan) Kerajaan Selangor menyediakan insentif bagi meringankan beban kewangan pesakit tibi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor bebas kes baharu Covid-19 dua hari berturut-turut

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor sejak semalam dengan keseluruhan kes kekal 2,130, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Bagaimanapun, pasukan itu meminta masyarakat untuk terus berdisiplin mengamalkan norma baharu dan
mengimbas kod SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) ketika masuk ke premis bagi memutuskan rantaian wabak.

“Kali pertama Selangor mencatatkan sifar kes baharu dua hari berturut-turut. Satu isyarat yang cemerlang. Syabas warga Selangor!

“Jangan cepat selesa dengan situasi ini dan cuai mengamalkan norma baharu. Pastikan kebersihan dijaga, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dipatuhi serta daftar keluar masuk premis menggunakan SELangkah sebagai benteng pencegahan anda,” tulisnya di Facebook.

Data STFC turut menunjukkan Gombak diisytihar zon hijau susulan perkembangan di mukim Batu.

Tiga daerah berstatus kuning ialah Sepang yang mempunyai dua kes aktif dan masing-masing satu kes di Hulu Langat juga Petaling.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter meminta rakyat tidak selesa dengan situasi tersebut kerana baginya ‘perang’ melawan wabak belum tamat.

“Alhamdulillah buat kali kesembilan tiada sebarang kes dicatatkan di Selangor. Tahniah daerah Gombak kembali ke zon hijau. Tiga kes discaj dan tiada kematian dilaporkan. Tapi jangan selesa kerana perang kita belum selesai,” tulisnya.

Hanya satu kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, angka sama direkodkan pada 1 Julai lalu.


Pengarang :