Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 27 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster Benteng LD: 776 individu disaring, dua lagi positif Covid-19

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seramai 776 individu disaring dalam Kluster Benteng Lahad Datu (LD), Sabah setakat ini dengan pertambahan dua kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia menjadikan kes positif dalam kluster tersebut sebanyak 16 individu.

“Kes ke-9,395 kluster ini adalah kontak rapat kepada kes ke-9,351 yang bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September. Beliau dikesan positif serta dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk mendapat rawatan lanjut.

“Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395 yang dikesan positif pada 5 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 420 individu disaring di Lahad Datu dengan tujuh kes dikesan positif, 259 negatif manakala selebihnya sedang menunggu keputusan.

Sementara itu, katanya seramai 356 individu disaring di Tawau dengan sembilan daripadanya disahkan positif dan 67 negatif serta 280 individu masih menunggu keputusan.


Pengarang :