Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat rekaan Taman Rekreasi Paya Bakau terletak di Pelabuhan Klang dalam Pelancaran Gerbang Maritim Selangor berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 29 Oktober 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pusat Paya Bakau destinasi baharu ekopelancongan di Selangor

SHAH ALAM, 21 SEPT: Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) merancang memperkenalkan Pusat Paya Bakau sebagai destinasi baharu ekopelancongan di negeri ini.

Pengurus projeknya berkata pembangunan di atas tapak keluasan kira-kira 28 hektar sepanjang Sungai Klang itu dijangka siap tahun depan.

“Lokasi ini bakal menjadi tempat terbaik pengunjung meluangkan masa dengan keluarga di samping memperkenalkan keajaiban alam semula jadi kepada anak-anak dan bagaimana menjaganya,” kata Halimatul Ssaadiah Masnan menerusi video korporat SMG.

Beliau berkata kawasan tersebut dijangka turut menarik pengamal rehabilitasi untuk menjadikannya sebagai tempat terapi buat golongan tertentu seperti pesakit hasil interaksi positif dimanfaatkan menerusi hubungan antara alam dan manusia.

Tambahnya, enam spesies paya bakau dikenal pasti hidup di kawasan itu termasuk pokok Lenggadai, Api-Api Putih, Bakau Kurap, Bakau Minyak, Tengar dan Tumu Merah.


Pengarang :