Anggota Bomba dan Penyelamat zon Petaling melakukan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa tinjauan di Petaling pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

88 kes baharu Covid-19 di Selangor, satu kluster baharu dikesan

SHAH ALAM, 25 OKT: Selangor merekodkan 88 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat berbanding 76 semalam dan satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mentari.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan daripada jumlah itu 39 kes daripada kluster-kluster termasuk lima kes daripada kluster baharu.

“28 kes (lain) daripada saringan kontak rapat kes positif dan 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau berkata bagi Kluster Mentari merupakan indeks kes ke-24,394 yang dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya kluster yang melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di Selangor, Seremban (Negeri Sembilan) serta Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) turut mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat.

“Sehingga 12 tengah hari, sejumlah 93 individu disaring, 17 kes dikesan positif dengan lima kes baharu, 10 negatif dan 66 individu masih menunggu keputusan,” katanya.


Pengarang :