Bangunan pusat beli-belah 1 Utama ditutup selama 14 hari bermula 11 Oktober 2020 bagi proses saringan dan nyahkuman berikutan kes Covid-19 dikesan membabitkan pekerja dan pengunjung. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hanya 21 kes positif Covid-19 di 1 Utama

SHAH ALAM, 15 OKT: Hanya 21 kes positif Covid-19 berlaku di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dekat sini, kata pengurusan pasar raya itu.

Mengikut kenyataan, jumlah itu berdasarkan saringan besar-besaran terhadap semua pihak yang terlibat dalam operasi di kompleks tersebut pada 11 dan 12 Oktober.

“Daripada 6,000 (orang), kita semalam mengenal pasti 20 pekerja penyewa dan seorang kakitangan pengurusan didapati positif Covid-19.

“Semua 21 orang dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak penularan,” kata pengurusan berkenaan.

Mereka juga menegaskan dakwaan sebelum ini yang menyebut ada 63 kes Covid-19 di pusat beli-belah tersebut sebagai tidak tepat.


Pengarang :