Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memberikan maklum balas dalam sidang media berhubung isu pencemaran bau Sungai Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 21 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB junjung kasih titah Agong, fokus isu rakyat

SHAH ALAM, 25 OKT: Dato’ Menteri Besar menjunjung kasih atas keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu membolehkan Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada isu utama lain demi kesejahteraan rakyat.

“Sekarang saya dan jentera Selangor dapat beri fokus sepenuhnya (kepada) Belanjawan 2021, gempur Covid-19, kualiti dan perkhidmatan air (serta) kerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan negeri dan rakyat,” tulisnya di Twitter malam ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melambai tangan kepada pengamal media ketika keluar daripada Istana Negara selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 25 Oktober 2020. Foto: BERNAMA

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan ahli politik untuk memberhentikan segera politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Ahmad Fadil berkata sebelum ini Al-Sultan Abdullah berkenan memperhalusi dan berbincang bersama Raja-Raja Melayu mengenai permohonan yang dipersembahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, Jumaat lalu.

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.


Pengarang :