Kelihatan Orang Kelainan Upaya (OKU) mematuhi SOP dengan memakai pelitup separuh muka di tempat awam sebagai langkah pencegahan Covid-19 ketika tinjauan di Pasar Raja Bot pada 6 Okt 2020.
AGENDANASIONAL

Pasar Sea Park PJ ditutup, seorang penjaja positif Covid-19

SHAH ALAM, 24 OKT: Operasi Pasar Sea Park, Petaling Jaya ditutup bermula semalam sehingga satu tempoh diumumkan kelak susulan seorang penjaja disahkan positif Covid-19.

Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata keputusan itu dicapai selepas lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ke pasar terbabit petang semalam.

“Penutupan ini bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh di pasar berkenaan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau juga meminta penjaja dan pelanggan yang berkunjung ke tapak perniagaan itu dalam tempoh 14 hari supaya tidak panik, sebaliknya memulakan kuarantin kendiri di rumah sehingga mendapat panggilan KKM untuk pengesanan kontak serta saringan.

Menurutnya, individu berkaitan disaran melakukan aktiviti di bilik sendiri kecuali atas sebab tidak boleh dielakkan selain memakai pelitup muka di ruang yang dikongsi ahli keluarga seperti ruang tamu, dapur dan bilik air.

“Cuci tangan sekerapnya dan amalkan penjarakan sosial dari ahli keluarga termasuk menggunakan perkakas berasingan misalnya sudu, garfu serta cawan,” katanya.

Semalam, Selangor merekodkan 62 kes baharu, turun berbanding kelmarin dengan 137 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,804 kes.


Pengarang :