Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

RON95 dan RON97 turun empat sen, diesel kekal

SHAH ALAM, 23 OKT: Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen manakala diesel kekal bagi tempoh 24 hingga 30 Oktober.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga baharu RON97 ialah RM1.94, RON95 RM1.64 dan diesel kekal RM1.74 seliter.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Pengarang :