Kanak-kanak KIDS diberi pendedahan kaedah penggunaan alat bantuan menyelamat oleh pihak bomba ketika lawatan mereka ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bersama ADN Subang Jaya, Michelle Ng. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Elaun pegawai bomba bantuan naik kepada RM8 sejam

SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1,900 pegawai bomba bantuan menerima kenaikan kadar elaun dari RM6 kepada RM8 sejam mulai Januari depan.

Menteri kewangan berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan sekali bayar (one-off) bernilai RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

“Kerajaan turut memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi 2021 dan 2022.

“Langkah ini sebagai menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam yang berkorban menjaga rakyat demi kesejahteraan negara,” kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021.


Pengarang :