Penduduk sekitar pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang kekal jangkitan Covid-19 tertinggi, catat 44 kes

SHAH ALAM, 18 NOV: Klang mencatatkan 44 kes baharu Covid-19 hari ini, kekal sebagai daerah dengan kes harian tertinggi.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) berkata ia ikuti Hulu Langat dengan 33 kes, Petaling (29), Sepang (11), Kuala Langat (10), Gombak (enam), Hulu Selangor (empat) dan Kuala Selangor (dua).

“Sebanyak 254 kes pulih dilaporkan hari ini dan tiada kematian. Daerah Petaling mencatatkan kes pulih tertinggi iaitu sebanyak 103 kes dan diikuti Klang sebanyak 91 kes,” katanya.

Hari ini, Selangor merekodkan 141 kes dengan 139 membabitkan penularan tempatan dan dua lagi jangkitan import.

Sementara Malaysia mencatatkan 660 kes baharu dengan jumlah sembuh 630 orang serta empat kematian.


Pengarang :