Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 6 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Lebih 1,000 ekar tanah Kerajaan Negeri diceroboh

SHAH ALAM, 6 NOV: Tanah seluas 1,055.27 ekar milik Kerajaan Negeri diceroboh untuk kegiatan pertanian, pembuangan sampah dan pembinaan struktur rumah.

Dato’ Menteri Besar berkata pencerobohan di Kuala Langat melibatkan 353 ekar, Klang (212.77 ekar) dan Kuala Selangor serta Petaling (100 ekar).

“Kegiatan sama juga dikesan di Hulu Langat (84 ekar), Gombak (80 ekar), Sepang (72 ekar) Hulu Selangor (50 ekar) dan Sabak Bernam (3.5 ekar).

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengenai keluasan tanah diceroboh pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menjelaskan penggunaan dron untuk memantau pencemaran sungai di Selangor turut berfungsi mengesan pencerobohan tanah berhampiran sungai.


Pengarang :