Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 9 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 178 kes baharu Covid-19, keseluruhan 6,701

SHAH ALAM, 11 NOV: Selangor merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan 176 penularan tempatan dan dua kes import.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 6,701 kes.

“Daripada 176 kes itu ialah 102 membabitkan kluster sedia ada manakala 38 pula daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 36 lagi lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 98 kes pulih turut direkodkan di Selangor.

Sebanyak 822 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 42,872.


Pengarang :