Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sumbangan kepada anak asuhan ketika sesi lawatan pusat taska anak-anak barisan hadapan di Taska Tambahan Hospital Banting, Banting pada 30 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sumbangan mainan, buku kepada taska tambahan dapat sambutan

BANTING, 30 NOV: Kempen menyumbang mainan kepada taska tambahan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bermula tengah bulan lalu mendapat sambutan.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pihaknya turut menerima bahan bacaan daripada orang ramai untuk diberikan kepada taska yang menempatkan anak-anak petugas barisan hadapan.

“Kempen ini masih dibuka. Orang ramai boleh menghantar barang sumbangan ke pejabat Pekawanis dan semua barangan akan diagihkan kepada taska tambahan.

“Pekawanis turut menyerahkan alatan melukis dan mewarna kepada anak-anak petugas sebagai bahan pembejaran mereka,” katanya selepas melawat taska tempat kerja Hospital Banting hari ini.

Datin Seri Masdiana Muhamad bergambar bersama selepas sesi lawatan pusat taska anak-anak barisan hadapan di Taska Tambahan Hospital Banting, Banting pada 30 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Isteri Dato’ Menteri Besar berkata menerusi lawatan itu, pihaknya dapat melihat aktiviti harian dilakukan kanak-kanak.

“Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan, kita akan rancang program lain bersesuaian. Jika taska mempunyai saranan boleh kemukakan,” katanya.

Oktober lalu, Kerajaan Selangor mengaktifkan semula sembilan taska tambahan sebagai tempat penjagaan anak-anak petugas barisan hadapan sepanjang PKPB.

Lokasi meliputi Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Pengarang :