Najwan Halimi menyerahkan sumbangan komputer riba kepada anak golongan berpendapatan rendah (B40). Foto: Facebook ADN
ADNSELANGOR

ADN Kota Anggerik sumbang 10 komputer riba, bantu anak B40

SHAH ALAM, 30 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik menyumbang sembilan komputer riba kepada anak golongan berpendapatan rendah (B40) minggu lalu.

Najwan Halimi berkata sumbangan diberi kepada pelajar berusia 18 tahun ke atas yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Penerima melanjutkan pelajaran ke peringkat kemahiran, diploma serta ijazah di beberapa institut pengajian tinggi antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis.

“Bantuan ini dapat mengurangkan beban keluarga selain sebagai tanda sokongan untuk penerima menimba ilmu,” katanya kepada SelangorKini.

Najwan berkata satu komputer riba turut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memudahkan urusan pentadbiran organisasi itu.


Pengarang :