Petugas Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat membuat ujian saringan Covid-19 kepada pelajar SK Sungai Manggis dan SMK Sungai Manggis secara pandu lalu di kedua-dua sekolah berkenaan pada 17 Oktober 2020. Foto PKD Kuala Langat
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Covid-19: Mukim zon merah di Gombak, Kuala Langat bertambah

SHAH ALAM, 12 DIS: Kawasan zon merah di Gombak dan Kuala Langat bertambah susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua daerah berkenaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan zon merah hari ini berlaku di mukim Rawang, Gombak dan Tanjung Dua Belas (1), Kuala Langat menjadikan jumlah terkini 16 berbanding 14 semalam.

Bagaimanapun jumlah daerah yang masih berada dalam zon berkenaan kekal dengan tujuh daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatat kes harian Covid-19 tertinggi dengan 829 merangkumi 45.8 peratus dari jumlah keseluruhan 1,810 kes.

Sebanyak 685 kes iaitu 82.6 peratus kes di negeri ini dikesan dari kluster sedia ada termasuk 390 dari dua kluster baharu serta 69 saringan kontak rapat.

136 kes direkodkan dari lain-lain saringan serta lapan kes jangkitan luar negara.


Pengarang :