Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 27 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat angka, 1,552 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 1 DIS: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka hari ini apabila merekodkan kenaikan 1,472 kes berbanding 1,212 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 67,169.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,552 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada wabak itu 56,311.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,495 kes.

“Sehingga kini, terdapat 120 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata ketua pengarah kesihatan pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan tiga kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 363.

“Terdapat sebanyak 364 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu dilaporkan hari ini,” katanya.


Pengarang :