Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 turun kepada tiga angka, 658 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 2 DIS: Kes baharu Covid-19 turun kepada tiga angka hari ini apabila merekodkan penurunan kepada 851 kes berbanding 1,472 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 68,020.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 658 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada wabak itu 56,969.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,686 kes.

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang media.

Beliau berkata terdapat pertambahan dua kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 365.

“Negeri di Lembah Klang merekodkan 334 kes (39.2 peratus), daripada jumlah ini, Selangor melaporkan 249 kes (74.6 peratus).

“Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi dicatatkan Sabah iaitu 229 kes (26.9 peratus) dan diikuti Johor 102 kes (12.0 peratus),” katanya.


Pengarang :