Hebrry Donny, 26, membuat persiapan terakhir dengan menghias pokok krismas bagi memeriahkan suasana sebagai persediaan menyambut Hari Natal ketika tinjauan di Jalan Kerupang, pada 24 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB seru tingkat amalan menderma, bantu golongan tersisih

SHAH ALAM, 25 DIS: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat memperbanyakkan amalan menderma dan membantu antara satu sama lain khususnya ketika pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan harus diutamakan kepada golongan yang tersisih dan bukan kepada diri sendiri, ahli keluarga atau sahabat sahaja.

“Virus ini memberi kesan besar bukan hanya kepada kesihatan awam dan umum sebaliknya juga kepada ekonomi serta keadaan sekeliling.

“Perayaan Krismas dirai sempena hari kelahiran Jesus atau dalam tradisi Islam Nabi Isa yang selalu mengingatkan kita supaya menghormati jiran dan sama-sama membantu serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi video ucapan Hari Natal yang disambut hari ini.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, Amirudin turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh penganut agama Kristian.


Pengarang :