ADN Kinrara Ng Sze Han (tengah) bergambar bersama penerima bantuan set Ponggal di Balairaya Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 10 pada 10 Januari 2021. Foto Facebook Ng Sze Han
ADNBERITA UTAMASELANGOR

40 keluarga DUN Kinrara terima bantuan set Ponggal

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 40 keluarga terdiri daripada masyarakat Hindu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima bantuan set Ponggal sempena pesta yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Wakil rakyatnya berkata pek dianggar bernilai RM30 meliputi beras, susu, gula perang, kacang gajus, kismis, tebu, Ghee (minyak samin) dan cardamom (rempah).

Ng Sze Han memaklumkan sumbangan disasar kepada golongan kurang berkemampuan khususnya yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

“Kita harap agihan bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk merayakan pesta walaupun suasana berbeza dan kecil-kecilan bersama keluarga berikutan situasi semasa wabak.

“Sebelum pandemik melanda negara, pesta berkenaan biasanya dianjurkan secara besar-besaran yang menandakan berakhirnya musim menuai,” katanya kepada SelangorKini.

Lazimnya, perayaan Ponggal disambut pada 14 Januari setiap tahun bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut Hindu.

Festival ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.


Pengarang :