Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Lebih separuh kes baharu di Selangor dari Klang

SHAH ALAM, 7 JAN: Lebih separuh kes harian Covid-19 di Selangor direkodkan di Klang semalam selepas 655 kes dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata 597 kes dikesan di Kapar melibatkan 581 hasil saringan pekerja dan mukim Klang (58).

“Petaling menjadi daerah kedua tertinggi dengan 139 kes dengan Bukit Raja (139), Damansara (131), Petaling (empat) dan Sungai Buloh (dua).

“Diikuti Hulu Langat dengan 62 kes. Kajang (26), Ampang (12), Semenyih (11), Cheras (lapan), Beranang dan Hulu Langat (dua) serta satu kes import dari Ivory Cost,” katanya menerusi Facebook semalam.

Agensi berkata sebanyak 40 kes dilaporkan di Gombak dengan 23 kes di Batu, Hulu Kelang dan Setapak (enam), Rawang (empat) dan Kuang (satu).

Katanya, Kuala Langat merekodkan 28 kes, 15 di Tanjung Dua Belas, Telok Pangkima Garang (11) dan satu kes masing-masing di Jugra dan Morib.

“Kuala Selangor mencatatkan 22 kes dengan Ijok (14), Jeram (tujuh) dan Batang Berjuntai (satu).

“Sebanyak 15 kes di Sepang dengan 10 di Dengkik, Labu (tiga) dan Sepang (dua). Hulu Selangor catat tiga kes di Serendah manakala Sabak Bernam catat satu kes di mukim Panchang Bedena,” katanya.


Pengarang :